Saturday, October 31, 2009

hujan

hatiku menjadi sedih lagi
aku memejamkan mata
membiarkan segala yang terbuku pergi
aku terlihat jendela menjadi suram
titis-titis hujan jatuh ke bumi
biarkan hujan turun
jangan biarkan hujan berhenti
hujan seakan mengerti tentangku
memberikan aku kesejukan dalam api yang membara
membuang segala keperitan yang terbuku di dada..
tika hujan merintik
hati turut berdetik
jiwa turut merintih
adakah aku sekuat ombak
yang gagah memukul pantai??
ketika itu mula terasa
kenapa mesti aku alpa dengan segala suruhanNya
selaku Pencipta..
tika hujan merintik jua
aku tebarkan segala keinsafan
aku panjatkan segala doa beserta harapan
agar lautan yang terbentang
akan dapat ku renangi dengan penuh ketabahan..

Thursday, October 29, 2009

buat renungan bersama

Tadzkirah - Adakah Aku Ikhlas?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

  1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
  2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
  3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
  4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
  5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
  6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
  7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
  8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
  9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
  10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

..tidak setabahmu teman..

luangkan diri mengenali teman,
carilah peluang memahaminya,
sepasang hati dan perasaan,
apakah yang sering dilaluinya..
temanmu itu juga manusia,
insan yang punya pelbagai rasa,
yang dilalui sukar diduga,
kadangnya tidak seperti disangka..
dia ada rasa takut dan bimbang,
dia juga punya rasa sedih dan kecewa,
ada kelemahannya ketara,
dan kehadiran kita penguatnya..
sering kau lihat dia ketawa,
dan sering kau lihat dia ceria,
menghiburkan hati dan juga semua,
seolah tiada beban yang dibawa..
namun sebenarnya itu lakonan,
yang dipentaskan untuk melindungkan
rasa resah yang mendera dijiwa,
dia tidak setabah yang kita sangka,
tapi...
jauh lebih dari itu...

Tuesday, October 27, 2009

jadual pekse..!

wiwid belle..(banking)

28.10.09 (rabu)=BEL 120
03.11.09 (selasa)=CTU 101
04.11.09 (rabu)=MGT 162
09.11.09 (isnin)=MAT 140
10.11.09 (selasa)=ACC 115

anize belle n julie belle..(akaun)

28.10.09 (rabu)=BEL 120
31.10.09 (sabtu)=FAR 100
03.11.09 (selasa)=CTU 101
05.11.09 (khamis)=AIS 130
09.11.09 (isnin)=MAT 126

~..hatiku menangis pilu..~

saat hatiku terluka,
saat hatiku menangis hiba,
tiada siapa yang dapat mendengarkannya,
yang ada hanyalah rembulan yang menjadi teman setia..
perkara itu amat merobek jiwaku,
aku tidak tahu mengapa ia bisa berlaku,
seolah-olah diriku adalah insan yang berhati batu,
tidak terguris perasaan pabila sering diperlaku begitu..
aku tidak terdaya melakukan apa-apa,
kerna aku tidak sanggup melukakan hati dia,
biarlah aku yang sering dipersenda,
asalkan dirinya sentiasa gembira dan bahagia..
teman,
ku pohon agar diri ini
senantiasa sabar dan tabah,
semoga apa yang terjadi
tidak bisa merobohkan benteng persahabatan kita,
walaupun terkadang itu haluan kita berbeza,
namun ketahuilah,
aku tetap menyayangimu
biarpun aku bukanlah insan yang penting dalam kamus hidupmu..

kepada 'dia', ku bersyukur kerna kau sudi hadir menjadi temanku dan
ku mohon agar kau sudi menerima diriku menjadi temanmu..walau berapa ramai sekalipun kenalan, setiap daripadanya ada perbezaan yang tersendiri..engkau tetap teman ku yang satu..maafkanlah segala kekhilafan ku selama ini..semoga ukhuwah kita kan tetap utuh bersatu buat selamanya..terima kasih 'dia'..

Monday, October 26, 2009

final exam is arOund the cOrner...

Bismillahirahmanirrahim...
Ya Allah,
Berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dariMu...
Anugerahkanlah aku kejayaan dalam peperiksaan finalku ini..
Anugerahkan kejayaan kepada semua teman2 ku..
Jangan ada antara kami yg sedihnya sendirian dan juga kepadaku..
Andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan,
Engkau Yang Maha Agung,
mudah2an A untuk semua subjek jadi milik kami..
Amin....

imtihan..

imtihan..
usah dianggap sebagai bebanan
akan tetapi..
anggaplah ia sebagai perjuangan
yang bergelar seorang insan..!!

julie belle..wiwid belle..bella,una,aya,noris,zirah n member2 yg len, gud luck erk for first final nie..time ni la kte kne wat yg d best sbb ni first sem kte n kte patut skor..oraitt..n..kepade akk2 sume..kak yan,kak zakiah,kak una,kak hidayah,kak ain,kak midah,kak farah,kak roselle,kak farhana,kak rasyidah,kak sya,kak sara,kak ifa,kak lina,kak nus n sume2 la..gud luck gak erk..tidak lupa juga kepada teman-teman yang berada di uitm laen n yg berada di matrikulasi n f6..aten,lyra,fana,aini,aida,sury,pueh n korang sume..ex-students smksj clazz 5 sn 2..do d best for our final..!!

gantungkanlah cita-cita mu
setinggi bintang dilangit
dan
rendahkanlah dirimu
serendah-rendah mutiara dilautan..

Wednesday, October 14, 2009

telah ku katakan..



telah ku katakan..
antara kita ada satu
batasan keimanan yang begitu tipis,
yang begitu mudah dicabar dan mencabar..
telah ku katakan..
antara kita pasti tercipta satu ruang,
ruang untuk kau dan aku sama-sama mencari makna hidup,
hidup yang kadang-kadang begitu kejam menikam kita..
telah ku katakan..
antara kita pasti kan saling merasa,
sakit kau,sakitlah aku,
dendam kau menjadi tembok amarahku jua..
telah ku katakan..
antara kita pasti akan ada satu ruang waktu
yang memisahkan antara kau dan aku
dan mampukah kau menungguku..
telah sering ku katakan..
antara kita ada satu ikatan
yang hanya kita sahaja yang faham..

Sunday, October 11, 2009

...4 WANITA MULIA...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang b'maksud : "ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (isteri Firaun), Maryam Binti Imran (Bonda Isa Al-Masih), Khadijah Binti Khuwailid (isteri Rasulullah), dan Fatimah Binti Muhammad (Puteri Kesayangan Rasulullah)

(RIWAYAT BUKHARI)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.

Akhir sekali ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita soleha, anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya, serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah sejati..

dinner persida lor..


assalamualaikum...

tut..tut..berita t'kini..pd tanggal 10 okt yg bru jer b'lalu smlm,ktowg student2 akaun join dinner..tau x temanye ape?malam pesta muda mudi n dresscode nyer plak RETRO tu...ble dpt tau tema nyer mcm tu,astaghfirullahhalazim...punye la pening mcm ne ktowg nak cri bju..ske ati la kan nak pkai bju per..

jam 7.30 mlm..masing2 sibuk nak touch up,huhuhu..anize belle yg x penah2 pkai make up habis dikerjakan ngan diowg..pkai eye shadow la..lipstik la..ntah ape lg diowg ltak pun x tau la..mmg laen muke anize belle..dye pun menggeletar sbb x penah2 mcm ni..juli belle plak sibuk testing nak pkai bju per,kjap2 bju ni..kjap2 bju tu..last2 bju kotak2..wiwid belle x dpt follow sbb dye g kem..lgpun dye student banking..

ktowg part 1 sptutnyer kene smpay sblm kul 8 tp nak tau x ktowg smpy kul bpe?ktowg ngan jiran sebelah,una belle,bella belle,aya,noris,zu n asiah smpy kul 9..mengalahkn VIP plak,huhuhu..ktowg dpt gelang b'lampu kononye sbg menceriakn keadaan kot..erm..ktowg dtg lewat,so ktowg dpt table blkg skali..x ksah la..tp bdk part 1 mmg kne dok blakang pn..mmg mcm2 fesyen n stylo la..boley diowg b'habis DUit utk 1 mlm ni jer,ish3...

jeng..jeng..jeng..time mkn..menu ktowg nasi briyani..boley tahan la..n kalo nak tau,mmg ktowg sume dr pas lunch x mkn lg..ape lg,masing mam byk la..b'tmbh2,huhuhu..yg pntg,puas..b'baloi ktowg byar rm30..then p'sembahan.ok la..time diowg nyanyi tu ntah pape la..

pas tu..masing2 sibuk b'posing la..mmg mcm2 gaye ader..mcm2 rupa owg ader..ader yg mcm alleycats..mcm saloma..ish3..then alek la..sblm smpy blik pun sempat b'gmbr lg,huhuhu..tu la,kalo dah skali b'gmbr tu,mesti nak lg..kenangan la kate kn..

itulah kenangan p'tame dinner ktowg time part 1 ni..sekian..

Friday, October 9, 2009

c1nt4

Hari ini sebelum senja menutup diri
Aku sadari betapa hidup sangat berarti
Ketika manis dirimu berkata-kata
Atas indah cinta itu bahagia
Saat sejenak kutemukan cinta
Hapus semua langit punya air mata
Dan kemudian yang telah tersadar dan bahagia
Cinta hidupkan arti hidup penuh makna
Dan saat tangan itu kugenggam
Saat merekah senyuman hangatmu di hadapanku
Saat semua cinta ada dan terasa
Atas dirimu yang beri aku dunia penuh bahagia

'Ketika ketulusan cinta itu hadir tanpa pamrih, atas senyuman dan tawa yang kau berikan. Aku bersyukur tuhan telah mempertemukan kita hari ini. Setelah semua rasa yang terpendam, dan rindu atas dirimu yang buat duniaku indah, kau sapa aku dengan senyum hangatmu, yang buat sisa hari ini menjadi hari yang terindah…'

 
© 2009 http://b-i-s-i-k-a-n-n-u-r-a-n-i.blogspot.com/ inc. all rights reserved .
Powered by [sUfFeR8zInE]