Wednesday, October 14, 2009

telah ku katakan..



telah ku katakan..
antara kita ada satu
batasan keimanan yang begitu tipis,
yang begitu mudah dicabar dan mencabar..
telah ku katakan..
antara kita pasti tercipta satu ruang,
ruang untuk kau dan aku sama-sama mencari makna hidup,
hidup yang kadang-kadang begitu kejam menikam kita..
telah ku katakan..
antara kita pasti kan saling merasa,
sakit kau,sakitlah aku,
dendam kau menjadi tembok amarahku jua..
telah ku katakan..
antara kita pasti akan ada satu ruang waktu
yang memisahkan antara kau dan aku
dan mampukah kau menungguku..
telah sering ku katakan..
antara kita ada satu ikatan
yang hanya kita sahaja yang faham..

0 comments:

 
© 2009 http://b-i-s-i-k-a-n-n-u-r-a-n-i.blogspot.com/ inc. all rights reserved .
Powered by [sUfFeR8zInE]