Saturday, July 2, 2011

~mutiara kata~

~jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim berganti, tetapi cintailah sesorang itu seperti sungai kerana sungai mengalir selamanya~

"hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

hijrah!!!fikirkanlah...mutiara tidak akan berharga jika tiram tidak berpindah dari laut ke darat...selalunya, perit untuk membuat sesuatu perubahan...namun, dengan istiqamah...hasil yang diperolehi pasti setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan...percayalah!!!:D


bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...

sesekali kita plu derita, sesekali kita plu kcewa, semuanya adalh utk kita mngenal erti bahagia.. utk kita kna erti brjaya, sesekali kita plu mnangis,.. sesekali kita plu trhiris, utk kita mnsyukuri nikmat yg dberi.. utk kita mngenali diri sndri. ujian yg datang mnguji kesabaran,mngukur tahap keimanan dan mneguhkan rasa ktaqwaan..

Sesungguhnya umur adalah sesuatu yang terbatas,Kematian pula sesuatu yang tidak diketahui.Manusia tidak mengetahui bila dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia untuk bertemu Tuhan.Sesungguhnya perkara silam telah berlalu pergi dan tak akan kembali. Perkara yang akan datang masih terhijab.Maka yang tinggal hanya hari ini yang kita lalui..Sama2 kita doa agar Allah permudahkan urusan kita demi mengembalikan kegemilangan Islam!

mungkin kerana kita leka... sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH, bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya', bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN, kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa... tp ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata2.


"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM-

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

" jika doa mu di makbulkan, tandanya Allah menyayangi mu. jika doa mu lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin menguji mu, dan jika doa mu tidak dimakbulkan, Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk mu" " kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi, walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi, tetapi percayalah, suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat tapi, tapi ade penawarnya-BERSABAR-"

0 comments:

 
© 2009 http://b-i-s-i-k-a-n-n-u-r-a-n-i.blogspot.com/ inc. all rights reserved .
Powered by [sUfFeR8zInE]